Selepas berjaya menembusi pasaran Indonesia setahun lalu, baja cecair semburan berjenama Cenderawasih keluaran Syarikat Hujan Emas mengembangkan pasarannya ke Selatan Thailand.
Hussin Sudin, Pengarah Urusan syarikat itu berkata pasaran baru itu ditembusi sejak 6 bulan lalu melalui beberapa ejen syarikat jualan langsung Thailand yang berniaga di daerah Muar.
Katanya, walau pun Thailand terkenal sebagai negara pertanian berteknologi tinggi, ramai para petani di sana yang berminat dengan produk keluaran Malaysia. Syarikatnya menerima tempahan 1,000 botol bersaiz 4 liter. Jumlah itu kemudian meningkat ke 10,000 botol.
Menurut Hussin, baja keluaran syarikatnya juga mendapat sambutan sangat baik di pasaran tempatan, malah laris di Bengkalis, Medan, Sumatera dan Jogjakarta. Baja itu sesuai untuk semua jenis tanaman terutama sayur-sayuran, buah-buahan, padi, pisang, keladi, betik, jagung dan bunga-bungaan.
Ia mengandungi Nitrogen Phospate Calium (NPK), Magnesium Oksida (MgO) dan mikro yang cepat meresap selepas disembur. Baja ini juga mengandungi bahan campuran organik humus. Hasilnya, ia memberi kesan sangat bagus dari segi kesuburan dan pengeluaran buah.
Setiap kali semburan, 90% daripada baja meresap ke dalam tanah tanpa menunggu hujan dan ia tahan 60 hari. Ia lebih baik berbanding baja tabur yang hanya mampu meresap 20% ke dalam tanah dalam tempoh 2 hari dan selebihnya cair jika dibasahi hujan.
"Baja Cenderawasih dihasilkan menerusi kajian dan pengalaman saya selama 30 tahun dalam bidang pertanian," kata En. Hussin.
Di Selatan Thailand, baja ini digunakan untuk tanaman kontan termasuk getah, kelapa sawit dan pokok buah-buahan. Selain efektif dan menjimatkan belanja, ia juga memberi kesan positif kepada sistem pengairan.
Berita ini dipetik daripada Harian Metro keluaran 16 Oktober, 2007.